Uncategorized

Ringkasan Kes: PP v Mohd Diky Al Kushairy (2024)

Ringkasan Kes: PP v Mohd Diky Al Kushairy (2024)
Ringkasan Penghakiman • Mahkamah Tinggi Shah Alam
ADB 1952 39B Milikan Prima Facie
Strategic Defence • Decisive Representation

PP lwn Mohd Diky Al Kushairy (2024): Kenapa OKT Dibebaskan?

Ringkasan straight: mahkamah kata pihak pendakwa gagal buktikan milikan, jadi anggapan “mengedar” pun tak boleh dipakai.

Point paling besar: Dadah ditemui dalam kereta bukan milik OKT dan pendakwa gagal “exclude access” orang lain kepada kereta/kunci.

1) Pertuduhan Ringkas

Apa yang dituduh
  • A
    Mengedar (Seksyen 39B)
    Amphetamine • 267.9 gram
  • B
    Milikan (Seksyen 12(2))
    Nimetazepam 0.15g & Cocaine 2.87g
Nota: Dalam kes 39B, kalau pendakwa tak buktikan milikan, presumption “trafik” tak boleh jalan.

2) Elemen Yang Mahkamah Nilai

3 intipati
  • 1
    Jenis dadah
    Berjaya dibuktikan melalui laporan kimia.
  • 2
    Milikan (custody + control + knowledge)
    Gagal — banyak keraguan tentang akses & kawalan.
  • 3
    Pengedaran
    Gagal sebab milikan gagal (tiada asas untuk presumption).
Simple: Mahkamah bukan kata “dadah tak wujud”. Mahkamah kata “tak terbukti itu milik OKT”.

3) Kenapa Milikan Tak Terbukti

isu utama
  • A
    Kereta bukan milik OKT
    Dadah ditemui dalam Myvi milik orang lain.
  • B
    Kunci & akses pihak lain
    Percanggahan keterangan siapa pegang kunci / siapa boleh akses kereta.
  • C
    Tempat letak kereta terbuka
    Pendakwa gagal “exclude access” orang lain kepada kereta.
  • D
    Bukti neutral tak dikemuka
    Contoh: CCTV berdekatan tidak dikemukakan untuk kuatkan naratif.

4) Takeaway Paling Padu

untuk faham

Dalam jenayah, standardnya tinggi. Bila wujud keraguan munasabah, mahkamah akan beri benefit kepada tertuduh. Dalam kes ini, fokus mahkamah ialah: pendakwa tak dapat buktikan OKT ada kawalan + jagaan + pengetahuan secara meyakinkan.

Ayat mudah untuk orang awam: “Dadah jumpa dalam kereta orang, ramai boleh akses, bukti tak cukup untuk pin on OKT.”
Disclaimer: Ini ringkasan penerangan umum (bukan nasihat undang-undang). Untuk rujukan rasmi, baca alasan penghakiman penuh / rujuk peguam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *